suria

Kombinasi Dadah, Lemas Punca Kematian Anak Whitney Houston

Punca kematian Bobbi Kristina Brown akhirnya terjawab selepas laporan bedah siasat didedahkan kepada umum.

LAPORAN bedah siasat berhubung punca kematian Bobbi Cristina Brown akhirnya didedahkan pada Jumaat lalu selepas lapan bulan anak kepada penyanyi Whitney Houston itu meninggal dunia.

Daily Mail melaporkan menerusi laporan tersebut Bobbi meninggal dunia disebabkan oleh pengambilan pelbagai jenis dadah terlarang dan akibat lemas.

Bobbi meninggal dunia pada Julai tahun lalu selepas beberapa bulan dalam keadaan koma selepas teman lelakinya, Nick Gordon menemuinya tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di rumah mereka di Roswell, Georgia pada 21 Januari tahun lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Perubatan Fulton County itu turut mendapati Bobbi mengambil dadah jenis marijuana dan alkohol selain beberapa ubat sedatif untuk merawat penyakit keresahan.

Terdahulu, ibunya, Whitney pada 11 Februari 2012 ditemui mati dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi berisi air di Hotel Hilton, Beverly Hills, California akibat pengambilan pelbagai jenis dadah terlarang.

Artikel Lain