SELEPAS dikejutkan dengan berita penyanyi G.NA meninggalkan syarikat pengurusannya Cube Entertaiment, dia kini terkait pula dengan gosip terlibat dengan skandal pelacuran. Pengguna laman sosial mula mengaitkan gosip itu dengan penyanyi berkenaan selepas hampir dengan beberapa tanda yang didedahkan dalam gosip tersebut. Salah satu ialah artis yang baharu tamat kontrak dengan Cube Entertaiment. Malah, akaun Instagram milik penyanyi itu dihujani dengan komen netizen yang bertanyakan hal tersebut. Ramai juga netizen yang berharap agar berita tersebut tidak benar dan memberi kata-kata semangat kepada G.NA. "Kami menyanyangimu dan berharap berita itu tidak benar. Saya harap siapa yang dimaksudkan dalam gosip itu bukan kamu," antara komen netizen. Mereka juga berharap G.NA memberi kenyataan balas terhadap khabar angin yang tersebar itu. Terdahulu, laporan media Korea Selatan menyiarkan seorang penyanyi berusia 29 tahun meninggalkan syarikat pengurusannya selepas tamat kontrak. Penyanyi itu kemudian terlibat dalam industri pelacuran dengan bayaran agak lumayan.