suria

Lindsay Lohan Pindah Ke London Demi Teman Lelaki

Lindsay Lohan sudah berpindah ke London demi bersama teman lelakinya, Egor Tarabasov.

PELAKON Lindsay Lohan dilaporkan sanggup melupakan dunia glamour Hollywood dan berpindah ke London semata-mata ingin dekat dengan teman lelakinya yang juga seorang jutawan dari Rusia, Egor Tarabasov.

Lindsay, 29, juga dikatakan sudah bersedia untuk melupakan kariernya sebagai pelakon memandangkan namanya sejak akhir-akhir ini tidak digemari di Hollywood.

"Dia bahagia disamping Egor dan kehidupan di London. Dia sentiasa gemarkan negara Eropah dan tidak mahu lagi kembali ke Amerika.

"Tambahan pula dia tidak disukai di Hollywood dan dia sendiri menyedari akan hal tersebut," kata sumber terdekat pelakon itu.

Lindsay dan teman lelakinya, Egor Tarabasov.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu sejak berpindah ke London, Lindsay lebih tenang dan banyak menghabiskan masa di rumah dan belajar memasak.

"Kehidupan di Hollywood banyak mengubah dirinya menjadi orang lain tetapi sejak berada di London lebih santai dan tenang.

"Masanya banyak dihabiskan dirumah dan tidak lagi gemar berparti seperti sebelum ini," kata sumber itu lagi.

Lindsay Lohan

Artikel Lain