SYARIKAT pengurusan Ahn Jae Hyun menyangkal dakwaan aktor berkenaan bakal mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya yang juga pelakon Ku Hye Sun dalam masa terdekat. Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh syarikat berkenaan, pihaknya juga tidak berniat untuk masuk campur terhadap perkara tersebut dan menyerahkan kepada pasangan itu membuat keputusan. "Kami tidak mengetahui tentang perkahwinan pasangan berkenaan dan ia tidak benar malah pihak syarikat tidak mahu mencampuri urusan peribadi pasangan berkenaan," kata wakil syarikat berkenaan. Terdahulu pasangan berkenaan secara terbuka mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta selepas bertemu di set penggambaran drama Blood pada tahun lalu. Berita perkahwinan tersebut tersebar selepas mereka dikatakan sudah berjumpa dengan ibu bapa masing-masing selain merancang berkahwin dalam masa terdekat.