HUBUNGAN percintaan antara penyanyi Miley Cyrus dan kekasihnya Liam Hemsworth dilaporkan semakin goyah kerana mereka kerap bergaduh. Sumber memberitahu disebabkan masalah itu mereka cuba mengelakkan daripada tampil dalam acara-acara hiburan. "Ini bukan hubungan yang sempurna tapi mereka tetap mencuba untuk menjaga hubungan ini," ujar sumber. Bagaimanapun, sumber memberitahu kedua-duanya masih menjaga hubungan tersebut agar tidak berlaku perpisahan sekali lagi. "Mereka kerap bertengkar, tapi mereka berusaha menjaga hubungan itu dengan lebih hati-hati," ujarnya. Miley dan Liam putus tunang pada tahun 2013, namun mereka kembali semula menjalinkan hubungan cinta selepas menyedari kesilapan masing-masing.