PENYANYI Gwen Stefani menyifatkan kehidupannya hancur akibat kegagalan rumah tangga yang dibina lebih 13 tahun itu. Dia yang bercerai dengan Gavin Rossdle pada Oktober 2015 menganggap dirinya sebagai sentiasa malang dalam hubungan cinta. "Saya akui sering diberi rezeki yang baik daripada Tuhan, namun dalam pada yang sama sering gagal dalam kisah cinta. Sehingga satu ketika saya rasa hidup seperti sudah hancur," ujarnya seperti dipetik Female First. Dia mengakui perceraian yang berlaku sangat berat buat dirinya bersama tiga cahaya mata. Namun, dia pasrah dan memilih untuk bangkit daripada kegagalan tersebut. "Kesedihan yang menimpa itu saya ubah menjadi dalam bentuk sebuah lagu dan saya sewa sebuah studio untuk lebih fokus bekerja," ujarnya.