suria

Tyra Banks Tak Tidur Malam Kerana Anak

Tyra dan teman lelakinya, Erik Asla.
SUPERMODEL Tyra Banks mengakui sejak bergelar ibu tidur dia kerap terganggu kerana anaknya sering berjaga pada waktu malam.

Tyra berkata, biarpun sering keletihan kerana kurang tidur namun dia berasa puas dapat melihat anak lelakinya itu membesar di hadapan matanya.

"Ada harinya saya seperti kebingungan dan tidak tahu apa yang sedang berlaku akibat kekurangan tidur sehinggakan saya tidak berani memandu seorang diri.

"Tetapi itu adalah pengorbanan yang perlu saya lakukan demi melihat sendiri anak membesar di depan mata," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Bayi lelaki yang diberi nama York Banks Asla itu adalah anaknya bersama teman lelakinya yang juga jurugambar terkenal Erik Asla.

Tyra dan anak lelakinya, York Banks Asla. 

York dilahirkan pada Januari lalu menerusi kaedah ibu tumpang.

Dalam pada itu, Tyra berkata, dia bersyukur kerana teman lelakinya seorang yang ringan tulang dan sentiasa bergilir-gilir membantu menjaga anak mereka.

Malah katanya, kehadiran York telah banyak mengubah kehidupan mereka berdua dan lebih banyak menghabiskan masa bersama di rumah.

"Kami berdua gila bekerja tetapi kehadiran York membuatkan saya sedar untuk mengagih-agihkan tanggungjawab dan percayakan orang lain untuk melaksanakannya.

"Malah saya kini masih dalam tempoh cuti 'bersalin' dan banyak berada dirumah untuk menguruskan anak," ujarnya.
Tyra Banks, Erik Asla

Artikel Lain