PENYANYI Rihanna mengambil tindakan berani apabila tampi berbogel menerusi muzik video terbaharunya berjudul Kiss It Better. Daily Mail melaporkan Rihanna memuat naik klip sedutan aksinya di Twitter pada Rabu lalu dan ia mengejutkan peminat. Dalam video berkenaan penyanyi berusia 28 tahun itu dilihat berbogel dan hanya menutupi badannya dengan selimut putih. Tindakan itu menyebabkan Rihanna mendapat pelbagai kritikan daripada peminat yang berpandangan dia tidak perlu berbuat demikian. Kiss It Better adalah single kedua daripada album terbaharu penyanyi itu berjudul ANTI.