SELENA Gomez dilaporkan masih mencintai bekas kekasihnya Justin Bieber selepas dia dilihat menghadiri konsert penyanyi itu baru-baru ini. Penyanyi itu mahu memberi peluang kedua kepada Justin untuk memperbaiki hubungan mereka yang putus sebelum ini. "Dia mahu bersama Justin dan masih sayangkannya," kata sumber seperti dilaporkan Hollywood Life. Dalam pada itu, sumber itu turut memberitahu, Selena berharap mereka dapat menghabiskan masa bersama bagi memperbaiki hubungan mereka selepas kedua-duanya tamat konsert jelajah. "Selena tidak akan berkorban demi lelaki dan sehingga sanggup melupakan kariernya dan hanya akan memberi peluang kepada Justin selepas mereka berdua lapang. "Setakat ini mereka berdua sedang sibuk dengan konsert jelajah masing-masing," katanya.