ANGGOTA kumpulan Super Junior, Ryeowook mengambil keputusan untuk meninggalkan kariernya sebagai penyampai radio selepas berkhidmat selama lima tahun di KBS Cool FM. Soompi melaporkan keputusan itu dibuat Ryeowook ekoran dia bakal menyertai latihan ketenteraan dalam masa beberapa bulan lagi. "Ia keputusan yang sukar saya perlu buat tetapi terima kasih kepada semua pendengar yang memberi sokongan terhadap saya selama ini. "Saya berharap dapat meneruskan karier sebagai penyampai radio tetapi keputusan perlu dibuat bagi kepentingan semua pihak," katanya. Penyanyi itu juga bakal bersiaran sehingga 24 April ini. Dalam pada itu, Ryeowook berkata, sebelum mendaftarkan diri sebagai tentera pada Jun depan, dia ingin menghabiskan masa bersama keluarganya.