suria

Porshe Didapati Tidak Bersalah Dalam Kematian Paul Walker

MAHKAMAH Persekutuan California memutuskan syarikat kereta jenama mewah Porshe tidak bersalah dalam kemalangan kereta yang melibatkan pelakon Fast & Furious Paul Walker dan rakannya Roger Rodas.

The Associadted Press melaporkan hakim Philip S.Gutierrez menolak dakwaan balu mendiang Rodas, Kristine Rodas yang menuntut  syarikat tersebut bertanggungjawab kerana mengeluarkan kenderaan yang dianggap berbahaya dan tiada langkah keselamatan sehingga menyebabkan kematian.

Porsche Carrera GT yang dipandu Paul Walker.


Tuntutan yang dilakukan oleh Kristine tidak cukup bukti untuk membuatkan syarikat kereta itu bertanggungjawab atas kemalangan tersebut.

Hakim berkata, tidak ada bukti sistem keselamatan kereta terebut gagal berfungsi ketika kemalangan terjadi dan suaminya hanya duduk di tempat penumpang.

Selain itu, Rodas meninggal akibat terbakar dan tiada bukti berpunca daripada kegagalan alat keselamatan kereta tersebut.

Paul Walker dan rakannya Roger Rodas meninggal dunia akibat kemalangan kereta Porsche Carrera GT pada November 2013.
Paul Walker

Artikel Lain