TMZ melaporkan Iggy sudah memaafkan perbuatan Nick dan mahu melupakan kontroversi berkenaan dan memulakan kehidupan baharu.
"Dia masih mencintai Nick dan tidak pernah berhasrat untuk memutuskan pertunangan mereka.
"Iggy sudah memaafkan perbuatan curang Nick terhadapnya," kata sumber terdekat pasangan itu.
Terdahulu, Nick mencetuskan kontroversi apabila mengakui bersikap curang terhadap Iggy dihadapan rakan-rakannya dan pengakuan itu turut dirakam oleh salah seorang kawannya.