PASANGAN pelakon Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun mengumumkan untuk berkahwin pada 21 Mei depan selepas berpacaran selama setahun.
Khabar tersebut membuatkan peminat-peminatnya gembira dan teruja hingga topik tersebut menjadi popular di media sosial termasuk Twitter.
Naman Ahn Jae Hyun menjadi topik popular atau trending di Twitter Korea selepas peminat-peminatnya mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung.
Namun, sebilangan netizen tidak percaya dengan berita yang diumumkan dan menganggap ia sebagai keputusan terburu-buru.
Terdahulu, media Sports DongA melaporkan kedua-dua keluarga pasangan itu sudah bertemu dan merancang pernikahan.