suria

Ben Affleck & Jennifer Garner Jalan Bersama Demi Anak

PETALING JAYA: Aktor Ben Affleck dan bekas isterinya Jennifer Garner berpegang kepada janji mereka tetap mengutamakan anak-anak biarpun mengambil keputusan untuk berpisah.

Kedua-dua mereka dilihat berjalan bersama ketika berada di Country Mart ketika melawati anak kedua mereka Samuel yang kini berusia empat tahun.

"Jennifer datang lebih awal bersama dengan tiga anak mereka, kemudian Ben pula muncul di sekolah Samuel.

"Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama di sekolah anak keduanya itu," ujar sumber.

Biarpun mengambil keputusan untuk mengikut haluan masing-masing, namun pasangan ini tetap memberi keutamaan kepada pembesaran anak-anak mereka.

Mereka tidak mahu anak-anak tersebut tidak mendapat kasih sayang secukupnya akibat perpisahan yang terjadi.

Ben Affleck

Artikel Lain