suria

Usia Cecah 35 Tahun, Kim So Yeon Belum Sedia Kahwin

BIARPUN sudah mencecah usia 35 tahun aktres Kim So Yeon mengakui belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga seperti wanita lain.

Aktres tersebut berkata, dia terlalu fokus terhadap kerjayanya sebagai pelakon dan mahu melaksanakan watak dengan baik.

Dia juga hanya akan berfikir tantang keluarga pada usia 37 tahun nanti.

"Saya tidak rasa sekarang adalah usia matang untuk berkahwin dan saya juga sibuk dengan pelbagai drama yang memerlukan saya fokus.

"Mungkin saya akan fikir soal rumah tangga pada usia menjangkau 37 tahun nanti," ujarnya.

Tambah wanita ini, dia sudah berasa selesa dengan kehidupan solo yang dilalui sekarang dan berharap akan terus menjalani kehidupannya sehingga sepuluh tahun lagi.

Kim So Yeon

Artikel Lain