BEKAS teman lelaki penyanyi Rihanna iaitu Chris Brown dilaporkan cemburu dengan hubungan akrab wanita berkenaan dengan aktor Leonardo DiCaprio. Hollywood Life melaporkan Chris memberitahu rakannya dia berasa sakit hati melihat hubungan pasangan itu yang dilihat mesra ketika menghadiri sebuah konsert baru-baru ini. "Chris cemburu melihat mereka dan dari cara percakapannya dia masih menyukai Rihanna walaupun hubungan mereka sudah lama berakhir. "Dia juga bimbang Rihanna akan dipermainkan oleh lelaki yang tidak mahukan komitmen seperti Leonardo," kata sumber terdekat penyanyi itu.