suria

Eun Ji Pukul Tangan Peminat Kerana Ponteng Sekolah

Eun Ji bertindak memukul tangan salah seorang peminatnya apabila mengetahui dia ponteng sekolah semata-mata ingin bertem dengannya.

VOKALIS kumpulan A Pink, Eun Ji mendapat perhatian netizen apabila dia memukul tangan seorang peminatnya dalam acara ramah mesra bersama peminat baru-baru ini.

Penyanyi yang baharu keluar dengan album solonya berjudul Dream itu dikatakan bertindak demikian kerana mengetahui salah seorang peminatnya tidak hadir ke sekolah gara-gara ingin bertemu dengannya.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh peminat tersebut di laman Twitter.

"Dia bertanya umur saya dan saya menjawab 19 tahun. Lalu dia memukul saya dan menasihatkan saya kerana ponteng sekolah," ujarnya.

Netizen memuji sikap penyanyi itu yang dianggap seperti seorang kakak.

Eun Jin

Artikel Lain