suria

Harry Styles Potong Rambut Demi Kanak-Kanak Kanser

AHLI kumpulan One Direction, Harry Styles membuat kejutan apabila memuat naik gambar rambutnya yang sudah dipotong.

Penyanyi yang berambut panjang ini memberitahu punca dia berbuat demikian bagi mengikuti kempen amal untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser.

Foto rambut Harry yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

Dia yang mengikuti kempen Little Prince Trust merupakan sebuah yayasan sosial yang sedang mengumpul rambut asli untuk membuat rambut palsu.

Rambut palsu itu akan diberikan kepada kanak-kanak yang botak akibat kesan ubat penyakit tersebut.

Peminat kumpulan One Direction kini sedang menunggu wajah terbaharu penyanyi kesayangan mereka dengan imej rambut pendek.
Harry Styles

Artikel Lain