BEKAS ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham memberitahu dia enggan beraksi di hadapan kamera untuk fotografi muka depan majalah lagi. Wanita berusia 42 tahun itu menganggap dirinya kini sudah tua dan tidak sesuai untuk beraksi di depan kamera seperti gadis-gadis remaja. "Setiap kali menerima tawaran, pasti saya akan berjanji ia adalah kali terakhir kerana saya rasakan diri sudah tua. "Saya juga sudah pun berusia 42 tahun dan mempunyai 4 orang cahaya mata," ujarnya. Victoria berkata, dia percaya pendatang-pendatang baharu kini mampu memberikan penampilan yang lebih menarik daripadanya.