suria

Gisele Bundchen Pernah Jadi Mangsa Buli

Gisele mendedahkan pernah menjadi mangsa buli.

SUPERMODEL terkenal Gisele Bundchen mengakui pernah menjadi mangsa buli hanya kerana dia seorang yang tinggi dan kurus.

Gisele, 35, berkata, ketika itu dia tidak terlalu memikirkan kata-kata dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa.

"Saya ingat ia perkara biasa, tetapi sebenarnya ia memberi kesan kepada saya sehingga hari ini kerana sering diejek dan dibuli ketika remaja," katanya seperti dilaporkan New York Times.

Dalam pada itu, Gisele berkata, ketika di awal kemunculannya sebagai model dia sering dikritik kerana mempunyai hidung yang besar dan tidak sesuai untuk menjadi penghias muka depan majalah.

Namun kata Gisele, dia tidak pernah patah semangat biarpun sering menerima pelbagai kritikan dan ia adalah kekuatan kepada kejayaannya pada hari ini.

Gisele Bundchen

Artikel Lain