suria

Jennifer Garner Mungkin Kembali Ke Pangkuan Ben Affleck

Jennifer Garner terbuka untuk kembali ke pangkuan Ben Affleck.
PELAKON Jennifer Garner dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan kembali ke pangkuan bekas suaminya, aktor Ben Affleck sekiranya jodoh mereka masih panjang.

Menurut sumber terdekat pasangan itu, Jennifer merasakan hubungan mereka bertambah baik selepas berpisah malah lebih memahami di antara satu sama lain.

"Keadaan di antara mereka berdua mula berubah apabila Jennifer mengikut Ben ke London untuk menjalani penggambaran filem Justice League: Part One.

"Sepanjang berada di sana mereka banyak memperbaiki hubungan mereka dan merasakan masih ada ikatan kuat di antara mereka," kata sumber itu seperti dilaporkan Daily Mail.

Ben dan Jennifer sebelum ini mengumumkan perpisahan mereka selepas 10 tahun berkahwin namun hubungan mereka kekal baik demi tiga anak mereka iaitu Violet yang berusia 10 tahun, Seraphina, 7, dan Samuel, 4.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, walaupun Jennifer terbuka untuk kembali bersama Ben namun dia masih berasa ragu-ragu.

Bagaimanapun dia terharu dan bangga dengan komitmen dan usaha ditunjukkan bekas suaminya itu untuk memenangi kembali hatinya.

"Mereka masih ada masa depan yang panjang bersama tetapi Jennifer tidak mahu terlalu terburu-buru," katanya lagi.

Jennifer Garner, Ben Affleck

Artikel Lain