suria

Celine Dion Sebak Terima Trofi Daripada Anak

Penyanyi Celine Dion dan anak lelakinya, Rene-Charles ketika menghadiri Anugerah Billboard 2016 yang berlangsung di Las Vegas pada malam Ahad.

ANAK kepada penyanyi terkenal Celine Dion iaitu Rene-Charles membuat kejutan apabila muncul di pentas Anugerah Billboard 2016 yang berlangsung pada malam Ahad untuk menyampaikan trofi Ikon yang dimenangi oleh ibunya pada acara tersebut.

Celine, 48, yang terkejut dengan kemunculan anaknya itu tidak dapat menahan sebak selepas melihat kelibat remaja berusia 15 tahun itu di atas pentas.

"Saya minta maaf kerana menangis. Saya mahu menjadi seorang wanita yang kuat kepada keluarga dan anak-anak saya.

"Terima kasih kerana trofi ini adalah penghormatan besar untuk saya kerana muzik adalah cinta saya," katanya ketika memberi ucapan.

Celine tidak dapat menahan sebak saat menerima trofi daripada anaknya.

Celine turut meminta maaf kepada anaknya kerana gagal mengawal perasaan dan terpaksa melihatnya menangis dihadapan khalayak.

"Saya tidak mahu menangis dihadapan kamu," katanya kepada Rene.

Dalam pada itu, Celine turut mengadakan sebuah persembahan tribut kepada suaminya, Rene Angelil dan abangnya Daniel Dion yang meninggal dunia akibat kanser pada Januari lalu.

Ia adalah kemunculan pertama penyanyi itu sejak kehilangan suaminya.

Celine turut mengadakan persembahan tribut kepada mendiang suami dan abangnya yang meninggal dunia akibat kanser pada Januari lalu.

Selain Rene-Charles, pasangan itu yang berkahwin sejak 21 tahun lalu turut mempunyai sepasang anak kembar Nelson dan Eddy yang kini berusia lima tahun.

Terdahulu Celine dalam satu temubual bersama majalah People mendedahkan dia tidak mahu suaminya itu bimbangkan dirinya dan memintanya pergi dengan aman.

"Dia sentiasa risaukan kerjaya saya, anak-anak dan keluarga kami.

"Saya beritahunya dia tidak perlu risaukan kami kerana segala-galanya akan berada dalam keadaan baik dan memintanya pergi dengan aman untuk berehat," katanya.

Malah kata Celine, meskipun sukar menerima hakikat kehilangan suami namun dia tidak boleh mementingkan diri sendiri dan perlu melepaskan Rene.

Artikel Lain