suria

Amber Heard Diberi Perintah Perlindungan Sementara, Dakwa Didera Johnny Depp

Wajah Amber Heard yang mempunyai kesan lebam di bahagian mata.

AMBER Heard diberikan perintah perlindungan sementara selepas mendakwa suaminya pelakon Johnny Depp melakukan penderaan domestik.

Heard dan peguamnya, Samantha Spector hadir ke mahkamah di Los Angeles pada Jumaat selepas pelakon wanita berusia 30 tahun itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah perlindungan sementara.

Wanita itu turut membawa gambar-gambar yang mendakwa dirinya mengalami kecederaan, termasuk dengan kesan lebam di bahagian mata.

Memetik laporan TMZ, gambar berkenaan dilaporkan diambil pada Sabtu lalu selepas Heard mendakwa Depp memukulnya di bahagian muka menggunakan telefon mudah alih.

Johnny Depp (kiri) bersama isterinya, Amber Heard pada Februari lalu.

Depp bagaimanapun dilaporkan melarikan diri apabila polis tiba di tempat kejadian.

Perintah perlindungan itu mengarahkan Depp supaya berada sekurang-kurangnya tidak berada hampir 100 meter daripada Heard, sehingga sesi pendengaran akan datang yang dijadualkan pada akhir Jun.

Pelakon wanita itu juga diberikan hak untuk tinggal bersama keluarga, tetapi gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anjing perliharaan pasangan itu. - MAIL ONLINE

Amber Heard, Johnny Depp

Artikel Lain