PELAKON Ahn Jae Hyun meluahkan rasa cinta terhadap bakal isterinya, Goo Hye Sun ketika berada di atas gunung Okryong Snow baru-baru ini. Allkpop melaporkan aksi Jae Hyun itu berjaya dirakam ketika pelakon itu sedang menjalani penggambaran program New Journey to the West 2. "Goo Hye Sun saya cintakan awak. Bakal isteri saya, tunggu kepulangan saya," katanya. Aksinya itu mendapat perhatian peminat yang rata-rata menganggap tindakan itu cukup romantik dan Hye Sun bertuah kerana bakal mendapat bakal suami penyayang. Pasangan itu dilaporkan bakal berkahwin pada akhir Jun nanti.