Soompi melaporkan gambar berkenaan dipercayai diambil secara rahsia oleh pegawai kastam ketika memeriksa pasport pelakon itu ketika dia berada di sebuah lapangan terbang di negara berkenaan.
Sebelum ini, Joong Ki juga menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang memuat naik sijil perkahwinan palsu kononnya milik pelakon drama bersiri The Descendants of the Sun itu.
Gambar pasport milik Joong Ki yang tersebar dipercayai diambil oleh seorang kakitangan kastam yang bertugas di lapangan terbang.
"Gambar pasportnya yang tersebar bukanlah sesuatu yang mengejutkan sebenarnya," kata salah seorang peminatnya.
Joong Ki kini sedang dalam siri jelajah bertemu dengan peminatnya di negara Asia dan dijangka akan berada di lokasi seperti Guangzhou, Shanghai, Hong Kong, Chengdu dan Taipei.