KUMPULAN U-Kiss membuat keputusan untuk memberikan sedikit sumbangan amal kepada Akademi Seni dan Budaya Korea bagi membantu artis-artis tempatan yang kurang mendapat perhatian. Sumbangan tersebut dilaksanakan menerusi hasil penjualan album mereka yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Menurut laporan Soompi album tersebut juga akan diselitkanan dengan kad bergambar khas dari kumpulan tersebut. Kad tersebut mengandungi kata-kata ahli kumpulan di hadapan serta hasil seni halus karya artis tempatan Korea pada bahagian belakang.