SEORANG lelaki yang juga peminat kepada penyanyi Miley Cyrus iaitu Carl McCoid dilaporkan melukis tatu hampir keseluruhan badannya. Lelaki berusia 43 tahun ini melukis 29 gambar termasuk lirik lagu, nama dan wajah Miley bertaburan di tubuh badannya. Bagaimanapun, dia kini berasa menyesal dengan tindakan tersebut dan mengakui sukar untuk mendapat kekasih. Tatu yang memenuhi badan Carl. Dia juga kini sedang berusaha untuk melupakan minatnya terhadap penyanyi itu dan menganggap tatu yang dimiliki hanya memberi kesan negatif dalam hidupnya. Sementara itu, Miley pernah memberitahu tidak suka dengan tatu yang dilukis oleh lelaki tersebut yang dianggap sebagai buruk.