PENYANYI John Legend dan isterinya, Chrissy Teigen dilaporkan bersedia untuk menambah seorang lagi cahaya mata meskipun baru sahaja menimang anak pertama pada 30 April lalu. Sumber terdekat pasangan itu memberitahu E! Online kehadiran anak sulung mereka yang diberi nama Baby Luna telah mengubah kehidupan mereka dan mahukan sebuah keluarga besar. "John dan Chrissy sudah bersedia untuk dapat anak seorang lagi, mereka memang merancang untuk memiliki sebuah keluarga besar," ujar sumber. Pasangan itu yang berkahwin pada 2013 juga bersedia untuk menjalani rawatan IVF atau tabung uji bagi mendapatkan anak seperti mana dilakukan pada kehamilan pertama.