suria

Syarikat Pengurusan Tampil Nafi Song Joong Ki Bercinta

Song Joong Ki dikatakan sedang bercinta dengan seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

POPULARITI yang diperoleh aktor Song Joong Ki menerusi drama bersiri The Descendent of The Sun menyebabkan kehidupannya sentiasa menjadi perhatian peminat.

Terbaharu syarikat pengurusannya Blossom Entertainment terpaksa tampil menyangkal dakwaan kononnya pelakon itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

Malah gosip turut menyatakan Joong Ki turut membawa teman wanitanya itu ke Los Angeles untuk menjalani penggambaran kerana dengan cara itu sahaja mereka dapat bersama tanpa dapat dihidu peminat.

"Laporan berkenaan tidak benar dan mengarut kerana Joong Ki masih solo dan terlalu sibuk untuk berfikir soal cinta.

"Pemergian Joong Ki ke Los Angeles pula adalah bersama 10 orang lagi kakitangan kami adalah untuk bercuti dan bukannya kerana urusan kerja.

"Malah masing-masing membayar sendiri kos pemergian ke sana baru-baru ini," jelasnya seperti dilaporkan Allkpop.

Artikel Lain