AHLI kumpulan EXO iaitu Chanyeol memberitahu dia tidak pernah mengambil perhatian terhadap komen-komen negatif di laman sosial Instagram peribadinya. Chanyeol berkata, dia menggunakan laman sosial itu hanya untuk berkomunikasi dengan peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya. "Saya sentiasa melihat Instagram, sejujurnya saya tidak melayan komen-komen negatif yang hanya memberi aura buruk kepada saya. "Bagaimanapun, saya sentisa memastikan akan berusaha lebih keras untuk berjaya dalam industri, secara tidak langsung menyangkal komen-komen negatif tersebut," ujarnya. Chanyeol juga baharu sahaja membintangi filem kerjasama dengan China berjudul So I Married an Anti- Fan dan mula ditayangkan ppada 30 Jun 2016.