AHLI kumpulan SG Wannabe, Kim Yong Joon ditahan untuk pemeriksaan pihak polis atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap seorang individu ketika berada di sebuah kelab malam. Pemuzik itu dikatakan terlibat dalam satu pergaduhan mulut antara dua pengunjung yang pada awalnya memulakan pergaduhan berkenaan. "CCTV tidak menunjukkan dengan jelas bahawa Yong Joon melakukan kekerasan sehingga mengakibatkan kecederaan. "Namun, ada pergerakkan seperti menendang yang dilakukan artis itu," ujar pihak polis. Bagaimanapun, wakil Yong Joon menafikan perkara berkenaan dan berkata ia adalah tindakan untuk membela dirinya daripada pergaduhan yang dicetuskakn oleh dua pengunjung kelab itu. "Ketika pergaduhan terjadi, seorang pengunjung jatuh dan membahayakan Yong Joon. "Dia tidak ada pilihan selain melakukan aksi untuk melindungi dirinya," ujarnya.