suria

Lady Gaga Diharamkan Di China Gara-Gara Bertemu Tokoh Agama

Negara China mengharamkan nama Lady Gaga selain tidak membenarkan penjualan album penyanyi itu di negara berkenaan.
LADY Gaga dilaporkan telah diharamkan di China selepas penyanyi itu bertemu Dalai Lama baru-baru ini dalam satu persidangan yang diadakan di Indianapolis, Indiana baru-baru ini.

US Weekly melaporkan Lady Gaga bertemu dengan tokoh agama Buddha itu bagi membincangkan tentang topik meditasi, kesihatan mental dan keagamaan.

Rakaman video perbualan di antara mereka turut dimuatnaik oleh penyanyi itu di laman Facebook miliknya.

Pertemuan itu telah menyebabkan rakyat China berang kerana menganggap Dalai Lama adalah musuh dalam selimut kepada agama Buddha.

Arahan juga dikeluarkan untuk menghentikan sebarang penjualan album atau memutarkan lagunya di radio termasuk di Tanah Besar China dan Hong Kong. 

Lady Gaga, Dalai Lama

Artikel Lain