Perkara tersebut diberitahu agansi mereka JYP Entertainment bahawa Youngjae tidak dapat hadir kerana demam akibat cuaca terlalu panas.
"Youngjae masih berada di hospital kerana demam. Setelah mempertimbangkan kesihatannya kami terpaksa merehatkan dia daripada konsert di Dallas, Amerika Syarikat" ujarnya.
Kumpulan itu meneruskan persembahan konsert jelajah mereka dengan enam ahli sehingga Youngjae benar-benar sihat.