AHLI kumpulan Royal Pirates iaitu James semakin pulih selepas mengalami kecederaan akibat ditimpa besi berkaca dalam satu kejadian baru-baru ini. Soompi melaporkan James sebelum ini mengalami kecederaan teruk pada bahagian bahu dan lengan kirinya sehingga menyebabkan beberapa saraf tangan dia rosak. Berita itu membimbangkan peminatnya kerana kerosakan itu akan memusnahkan kariernya memandangkan dia tidak boleh lagi bermain alat muzik. James memuat naik gambarnya yang semakin pulih. Pun begitu pembedahan membetulkan saraf dan fisioterapi berterusan yang diterimanya mula menunjukkan hasil positif. James turut memuat naik gambarnya yang tersenyum ketika berada di hospital dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya.