PENYANYI Rihanna membatalkan konsert jelajah untuk album terbarunya, Anti yang dijadualkan berlangsung di Nice, Perancis. Keputusan tersebut diambil selepas kejadian serangan trak berlaku pada Khamis telah mengorbankan 80 orang awam yang menyaksikan pertunjukan bunga api Hari Bastille. Menurut sumber terdekat yang melaporkan kepada majalah Billboard, Rihanna yang berada di Perancis berada dalam keadaan selamat. Saksi melaporkan terdengar bunyi tembakan yang kuat dan menerusi gambar di laman sosial pula menunjukkan polis bersama senjata mengawal trak putih yang terlibat dalam serangan tersebut.