ANGGOTA kumpulan Big Bang iaitu Taeyong dan keluarganya sedang anjing kesayangan mereka yang diberi nama Homie yang dikatakan diculik baru-baru ini. Soompi melaporkan abang kepada Taeyong iaitu Dong Hyun Bae mendedahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya bagi merayu agar anjing peliharaan mereka itu dipulangkan kembali. "Tolong saya mencari Homie. Anjing kami itu telah diculik oleh seseorang di Gyeonggi. "Homie adalah anjing jenis English Bulldog dan mempunyai tompok hitam dibawah matanya," katanya dalam status berkenaan. Jelas Hyun Bae lagi, anjing berkenaan akan segera memberi respon sekiranya dipanggil namanya. "Jika ada sesiapa ternampak Homie tolong maklum kepada saya. "Homie adalah anjing kesayangan keluarga kami dan kehilangannya membuatkan kami semua sedih," katanya lagi.