suria

Justin Bieber Tutup Akaun Instagram

Justin Bieber mengambil keputusan memadam akaun Instagram miliknya selepas berperang dengan bekas teman wanitanya, Selena Gomez.
PENYANYI Justin Bieber telah menutup akaun Instagram miliknya selepas berperang dengan bekas teman wanitanya, Selena Gomez.

Terdahulu, Justin, 22, menukar fungsi Instagramnya kepada “private” sebelum kembali membenarkan akaunnya dilihat oleh umum namun mengambil keputusan drastik dengan memadam profil tersebut.

Peminat berang dengan tindakan penyanyi itu dan menganggap Justin akan kehilangan peminat dengan berbuat demikian.

"Pada saat anda meletakkan fungsi akaun kepada 'private' anda telah kehilangan peminat dan kami akan meninggalkan anda," kata salah seorang peminatnya.

"Kenapa anda perlu bersikap kebudak-budakkan? Ada cara lain lagi untuk mengatasi masalah," kata peminat lain.

Terdahulu, perbalahan di antara Justin dan Selena tentang kecurangan dalam hubungan mereka sebelum ini mendapat perhatian meluas sehingga menimbulkan perbalahan peminat mereka.

Antara perbalahan Justin dan Selena di Instagram.

Ia tercetus apabila Justin meluahkan hasrat untuk menukar fungsi Instagramnya kepada 'private' apabila peminat menyelar teman baru pemuda itu, Sofia Richie, 17, selepas mereka dilihat bersama.

Tindakan itu menarik perhatian Selena lalu dia menulis di akaun Instagram miliknya yang ditujukan kepada Justin.

“Jika kamu gagal mengendalikan kebencian peminat, hentikan memuat naik gambar-gambar kamu bersama teman wanita," katanya.

Justin yang berang dengan kenyataan itu turut membalas di Instagram miliknya.

Justin turut menyelar kenyataan wanita berkenaan dan menganggap tindakan Selena itu sebagai lucu dan sengaja ingin mendapatkan perhatian dan menuduh penyanyi itu pernah mempunyai hubungan sulit dengan Zayn Malik.

Justin Bieber, Selena Gomez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain