PENYANYI Paloma Faith mengakui sejak hamil anak pertama, dia benci apabila terpaksa mencuci rambutnya kerana menganggap ia perkara membuang masa. "Saya harap rambut saya boleh dicuci dengan sendiri. Ia mengambil masa untuk menggunakan syampu dan membilas dengan air. "Saya benci mencuci rambut dan ia perkara membuang masa," katanya seperti dilaporkan Female First. Dalam pada itu, Paloma berkata dia teruja apabila disahkan sedang hamil anak pertama kerana menjadi impiannya untuk bergelar seorang ibu. Malah penyanyi lagu Just Be itu mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia nyanyian buat seketika bagi memberi tumpuan kepada kehamilannya itu. "Saya sangat gembira sekarang dengan berita kehamilan ini kerana saya sudah lama ingin bergelar seorang ibu," katanya. Terdahulu, Paloma membuat pengumuman bahawa dia dan teman lelakinya, Leyman Lahcine bakal menimang cahaya mata.