PENYANYI Britney Spears memberitahu status sebagai artis terkenal banyak memberi kesan negatif terhadap perjalanan percintaan yang dilaluinya. Kata Britney, kebanyakkan kisah cintanya dengan mana-mana lelaki yang dicintai berakhir tidak seperti yang diharapkan. "Saya pernah mempunyai hubungan yang benar-benar buruk. Saya rasa hidup bersendiri dalam tempoh yang lama walaupun dalam hubungan yang lelaki yang saya suka. "Hubungan tersebut membuatkan saya berasa gelisah, bimbang dan membuatkan saya kehilangan berat badan," ujarnya.