suria

Lee Sung Kyung Tambah Berat Badan Kerana Watak Atlet

Lee Sung Kyung terpaksa menambah berat badannya demi menjayakan watak sebagai atlet angkat besi dalam drama bersiri, Weightlifting Fairy Kim Bok Ju.

PELAKON drama Doctors, Lee Sung Kyung sedang membuat persiapan untuk membintangi drama baharu berjudul Weightlifting Fairy Kim Bok Ju.

Menerusi temubual dengan majalah Instyle, Lee Sung Kyung yang membawa watak sebagai seorang atlet angkat besi perlu menambah berat badan agar sesuai dengan karakter tersebut.

"Berat badan saya sudah bertambah empat kilogram ketika ini demi menjayakan watak sebagai seorang atlet angkat besi dalam drama berkenaan.

"Saya ingin berusaha secara sihat untuk menambah berat badan namun akhirnya saya terpaksa makan dengan banyak," katanya.

Aktrres ini akan bergandingan dengan aktor Nam Joo Hyuk dalam drama berkenaan.

Diterbitkan oleh MBC, siri itu dijangka akan menemui penonton pada November depan.

Lee Sung Kyung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain