PENYANYI Taylor Swift kini mengukuhkan kedudukannya sebagai ratu laman sosial apabila diumumkan sebagai artis paling ramai pengikut di laman sosial. Seperti dipetik Digital Spy, Taylor meraih seramai 266 juta pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram. Penyanyi lagu Blank Space ini menewaskan saingan dan bekas sahabat baiknya penyanyi Katy Perry yang memiliki seramai 219 pengikut laman sosial. Katy yang jatuh ketempat ketiga selepas tempat kedua dimiliki oleh pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo yang memiliki 238 juta pengikut. Sementara itu tempat keempat dan kelima diduduki oleh Selena Gomez sebanyak 205 dan Rihanna dengan 190 juta pengikut.