PENYANYI Britney Spears bakal melancarkan aplikasi media sosial sendiri bagi memudahkan dia berinterksi bersama peminat-peminatnya. Ketika ditemu bual iHeartRadion, Britney berkata, idea tersebut muncul kerana dia tidak mempunyai banyak masa terluang untuk berinteraksi bersama peminat-peminatnya. "Aplikasi itu bakal dilancar secara rasmi dimana mereka boleh berbula dengan lebih dekat dan mereka juga berkongsi gambar-gambar menarik mereka. "Ia sangat menyenangkan dan saya selesa berbual di aplikasi tersebut," ujarnya. Penyanyi lagu Toxic ini berkata, bukan sekadar berinteraksi, banyak lagi perkara yang membuatkan perbualan dengan peminat-peminatnya menjadi menarik.