suria

Dasom Sistar Beli Bangunan Untuk Pelaburan

PENYANYI dan pelakon Kim Da-Som atau lebih dikenali sebagai Dasom sistar dilaporkan membeli sebuah bangunan bernilai jutaan ringgit bagi tujuan pelaburan.

Bangunan berkeluasan 644 meter persegi yang mempunyai lima tingkat dan bahagian bawah tanah ini terletak di daerah Sincheon.

Bangunan tersebut sesuai untuk dijadikan pusat beli-belah dan disewakan kepada peniaga.

Seperti dipetik Allkpop, penyanyi itu membeli bangunan tersebut dengan tujuan untuk menjualnya semula dengan harga yang lebih mahal.
 
Dasom bukan selebriti pertama yang membeli bangunan untuk pelaburan, beberapa selebriti terkenal lain seperti Rain, Kim Tae Hee dan Jun Ji Hyun turut melakukan perkara yang sama.
Dasom Sistar

Artikel Lain