PENYANYI Narsha (Brown Eyed Girls) akhirnya mendedahkan wajah calon suaminya menerusi sebuah foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram peribadinya. Menerusi foto yang dimuat naik pada Ahad, pasangan tersebut berada dalam sebuah kereta untuk ke Sychelles bagi menghadiri majlis perkahwinan mereka. "Kami akan berangkat malam ini (Isnin) wajah kami kepentan kerana tidak tidur semalaman gara-gara membuat persiapan majlis kami," ujarnya seperti dipetik Soompi. Terdahulu agensinya Mystic Entertainment mengumumkan penyanyi ini akan berkahwin dengan lelaki pilihannya yang merupakan ahli perniagaan bidang fesyen pada awal Oktober. Majlis pernikahan mereka akan dilakukan secara tertutup tanpa dihadiri keluarga atau sahabat terdekat. Manakala, majlis resepsi akan diadakan bersama keluarga di Korea.