PELAKON Park Hae Jin membuat kemunculan mengejut di sebuah hospital di Seoul bagi meluangkan masa di wad pediatrik dan memberi pesakit kanak-kanak ituhadiah. Soompi melaporkan Hae Jin sempat menghadiahkan barangan seperti basikal, mainan, patung dan makanan kepada pesakit-pesakit di wab berkenaan. Kanak-kanak yang berada di wad berkenaan terkejut dan gembira apabila melihat kelibat pelakon itu dan mereka menghabiskan masa kira-kira sejam. "Hae Jin sudah membuat kerja amal sebagai salah satu tanggungjawab sosialnya dan dia bersama badan kebajikan hospital ini selama tujuh tahun. "Dia sering membuat kejutan kepada kanak-kanak apabila mempunyai masa terluang dengan membawa pelbagai hadiah untuk mereka," kata sumber. Sementara itu, Hae Jin kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri berjudul Man to Man.