PENYANYI Lay tampil menjelaskan punca dia pengsan sebelum menaiki penerbangan ke Jepun baru-baru ini adalah disebabkan kekurangan tidur. Soompi melaporkan Lay membuat penjelasan itu di laman sosial Weibo miliknya dan meminta agar peminat tidak bimbang akan keadaan dirinya. "Terima kasih kerana mengambil berat tentang diri saya. Anda semua jaga diri dengan baik. "Saya juga akan memastikan mendapat tidur secukupnya agar kejadian sebelum ini tidak berulang lagi," katanya. Pada kejadian itu, Lay tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri sebelum menaiki pesawat bagi mengadakan konsert di Jepun. Penyanyi itu dikejarkan ke hospital dan syarikat pengurusannya mengesahkan perkara itu selain memberitahu keadaan Lay tidak serius.