suria

Konsert 2PM Di Jepun Raih 100,000 Penonton

Konsert kumpulan 2PM di Tokyo Dome, Jepun dihadiri 100,000 penonton. Foto Ihsan All Kpop

DIANGGARKAN seramai 100,000 penonton hadir pada konsert kumpulan 2PM yang berlangsung di Tokyo, Jepun pada 27 dan 28 Oktober lalu.

Allkpop melaporkan 2PM menggegarkan pentas dengan persembahan bertenaga menerusi 25 buah lagu pada dua malam konsert itu.

Konsert yang diberi nama The 2PM in Tokyo Dome itu berlangsung selama empat jam pada dua malam persembahan.

Antara aksi 2PM ketika konsert mereka di Jepun. 

2PM mempersembahan rangkaian lagu-lagu popular mereka seperti I'll Be,  Heartbeat, I'm Your Man, A.D.T.O.Y, Come Back When You Hear This Song dan Hands Up.

Untuk rekod, 16 daripada 25 buah lagu yang dinyanyikan pada konsert itu adalah ciptaan mereka sendiri.

Persembahan itu dianggap satu pencapaian terhadap kumpulan itu selain penghargaan terhadap peminat mereka di Jepun.


2PM

Artikel Berikut

Artikel Lain