AKTOR yang terkenal dengan watak Lee Yul dalam drama Princess Hours, Kim Jeong Hoon dilaporkan bakal beraksi di Hollywood. Seperti dipetik Allkpop, Kim Jeong Hoon sudah pun bertemu dengan pengarah filem Pasific Rim 2. Namun, sehingga kini belum mengetahui tentang karakter yang bakal dinawanya. "Pengarah sedang mecari pelakon Korea yang sesuai untuk filemnya, namun hingga kini masih belum mengesahkan status pelakon tersbeut," ujar sumber. Sebelum popular dengan Princess Hours, Kim pernah terlibat dengan drama God of War Xhao Yun, Her Legend, I Need Romance dan Dummy Mummy.