PENYANYI G-Dragon dilaporkan semakin serius menjalinkan hubungan cinta dengan model dan pelakon berasal dari Jepun iaitu Komatsu Nana. Soompi melaporkan kelibat pasangan itu berjaya dirakam oleh jurugambar ketika mereka berada di Shibuya, Jepun baru-baru ini. Bagaimanapun kedua-dua mereka memakai topeng dan bertopi bagi mengelak kehadiran mereka disedari oleh peminat. Dalam pada itu, G-Dragon bersama kumpulannya, Big Bang berada di Jepun bagi menjayakan konsert di Tokyo Dome pada 5 dan 6 November lalu. Komatsu juga dikatakan menghadiri konsert berkenaan bagi memberi sokongan kepada kumpulan itu. Sementara itu, YG Entertainment enggan mengulas tentang perkhabaran terbaharu melibatkan artis mereka itu dan menyifatkan ia adalah isu peribadi G-Dragon. Sebelum ini, pasnagan itu pernah dilaporkan bercinta selepas Instagram peribadi G-Dragon digodam dan gambar mereka bersama tersebar. Laporan lain pula menyebut, Komatsu curang terhadap teman lelakinya untuk bersama dengan G-Dragon.