suria

Chelsea Handler Menangis Donald Trump Presiden AS

AKTRES Chelsea Handler menangis selepas Donald Trump diumumkan sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu kerana tidak menyukai corak kepimpinan pemimpin itu.

Dia berkata kepada peminatnya; "Oh Tuhan! Aku benar-benar benci (Trump)."

Selepas itu dia meluahkan hasrat untuk berpindah ke Sepanyol selain mahu memulihkan kesuraman jiwanya sebelum melakukan penggambaran, lapor akhbar The Sun.

Terdahulu, Chelsea memberitahu peminat yang ingin menonton persembahannya yang akan difilemkan bahawa perasaan dia mungkin sedikit terganggu dan berbeza berbanding biasa.

Air matanya semakin berlinang apabila melihat peminatnya ters menggesa agar semua penyokong calon Demokrat yang tewas iaitu Hillary Clinton supaya meneruskan kerja-kerja kempen.

Sebelum ini Chelsea dilihat agak tegas dalam mengkritik corak kepimpinan Trump dalam media sosialnya.

Chelsea Handler

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan